MELAKA: Kerajaan negeri bercadang menjadikan sebahagian laluan di Sungai Melaka Fasa Dua di sini sebagai kawasan menjalankan aktiviti riadah dan sukan air seperti perahu naga dan kanu.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata cadangan itu bertujuan menambah tarikan Sungai Melaka sekali gus dijadikan salah satu produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
"Saya akan meminta pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memberikan jadual iaitu tarikh dan masa tertentu agar aktiviti riadah dan latihan sukan air seperti kanu dan perahu naga dapat dijalankan di Sungai Melaka Fasa Dua.
"Inisiatif ini bukan sahaja dilihat mampu menarik kedatangan pelancong pada TMM 2024 malah berupaya menggamit kedatangan peminat sukan air untuk menjadikan Sungai Melaka Fasa Dua sebagai tapak latihan sukan air berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2023 di sini hari ini.
Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Perahu Naga Melaka Datuk Wong Soo Tang.
Ab Rauf berkata cadangan berkenaan hanya melibatkan kawasan di Sungai Melaka Fasa Dua kerana laluan di Sungai Melaka Fasa Satu agak sibuk dengan operasi bot Melaka River Cruise dan tidak sesuai untuk dijadikan tapak bagi aktiviti sukan air.
Sementara itu, beliau berkata Perlumbaan Perahu Naga Melaka akan dijadikan salah satu acara pelancongan utama pada TMM 2024 dengan penyertaan lebih banyak kumpulan dari dalam dan luar negara.
"Saya melihat beberapa penambahbaikan boleh dilakukan pada penganjuran Perlumbaan Perahu Naga Melaka tahun hadapan sekiranya ia dianjurkan sebagai acara peringkat antarabangsa," katanya.
Acara yang berlangsung sehari itu melibatkan jarak 150 meter dan disertai 30 pasukan antaranya dari Melaka, Terengganu, Johor, Putrajaya serta Sarawak dengan dua kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan tertutup.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
Cadangan itu bertujuan menambah tarikan Sungai Melaka sekali gus dijadikan salah satu produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024). - Gambar fail
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Sungai Melaka jadi indikator kebersihan bandar Melaka - Ab Rauf
Jumlah kutipan sampah di Sungai Melaka dijadikan penanda aras tahap kebersihan bandar Melaka dan kesedaran sivik penduduknya.
19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka - Exco
Muhamad Akmal berkata antara spesies ikan itu ialah lampam sungai, lampam krai, terbul, baung dan lundu serta udang galah.
Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.
Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air
Kerajaan negeri bercadang menjadikan sebahagian laluan di Sungai Melaka Fasa Dua sebagai kawasan menjalankan aktiviti riadah dan sukan air seperti perahu naga dan kanu.
Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.
Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.
Pelantikan kontraktor penyelamat kedua siapkan projek Sungai Melaka sedang dimuktamadkan
Kontraktor penyelamat yang dilantik itu diberi masa kira-kira 18 bulan daripada tarikh pelantikan.
Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.
Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik
Ada juga rakyat yang begitu patriotik sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menghias rumah kediaman dengan bendera keramat ini.
Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi
Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu.